Selamat Datang ke MyGAP

MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan. MyGAP dilaksanakan berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS). MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice digunakan untuk modul sektor tanaman dan MS 1998:2007 Good Aquaculture Practice (GaqP) – Aquaculture Farm – General Guidelines serta MS 2467:2012 – Code of Practice for Seaweed Cultivation untuk modul sektor akuakultur. Manakala MS 2027:2006 Good Animal Husbandry Practice untuk sektor ternakan

Elemen Amalan Ladang Baik

Aktiviti penyimpanan dan pengeluaran tanaman haruslah direkod dari maklumat sumber tanaman sehingga ke pasaran. Pembungkusan produk haruslah mengandungi maklumat jenis tanaman, nama dan alamat sumber tanaman.
Pemilihan tanaman yang tepat haruslah mengikut kesesuaian kawasan tanaman dan mengikut permintaan dan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Penyemburan racun serangga haruslah mengikut ketetapan piawaian yang mana buah yang disembur hanya boleh dijual jika keadaan buah itu mencapai jangka masa yang selamat untuk dimakan. Setiap racun serangga haruslah didaftar di bawah Jawatankuasa Racun Serangga Malaysia.
Kesihatan pekerja adalah perkara yang kritikal yang harus diberi keutamaan. Pekerja haruslah dilatih dalam keadaan kesihatan yang baik.
Penuaian yang sempurna seperti penggunaan bekas untuk menuai/mengambil sayur dan memastikan sayur tidak terkena tanah ketika dipetik.
Air adalah perkara yang paling utama untuk tanaman dan juga pembersihan alatan penanaman. Oleh itu air haruslah bersih dan terjaga.
Peladang harus memastikan keadaan tanah, jenis produk pengeluaran dan kegunaan tanah sebelum ini haruslah direkod bagi memastikan tanah yang diguna pakai dalam keadaan yang sempurna